Thursday, October 4, 2012

32 Minggu 1 hari

hari ni kandungan ummi dah pun masuk 32 minngu 1 hari..semakin menghitung hari..berdebar-debar rasenya..next week 8 oktober, ummi ade check up..harap2 kesihatan n result minum air gula hari tu ok macam yang minum mase 5 bulan..weekend ni nak siapkan operasi mendobi baju..lepas tu boleh terus kemas baju2 letak dalam beg..kat bawah ni progress baby n ibu yang mengandung 8 bulan..ummi copy dari www.baby centre.com.my..

Perkembangan fetus - hamil 32 minggu


uterusrambutkuku kaki
Berat bayi anda sekarang lebih kurang 3.75 paun / 1.7 kilogram dan panjangnya lebih kurang 17 inci / 42 sentimeter dari kepala ke jari kaki. Walaupun paru-parunya belum akan matang sepenuhnya sehingga hampir dekat masa dilahirkan, anak kecil anda menyedut cecair amnion untuk menguatkan paru-parunya dan berlatih untuk bernafas.

Bagi sesetengah bayi, rambut sudahpun memenuhi kepala, tetapi ada juga bayi hanya mempunyai beberapa gumpal rambut sahaja. Rambut lebat semasa lahir tidak bermakna rambut lebat di kemudian hari, namun begitu, lazimnya kanak-kanak yang mempunyai rambut halus di zaman kanak-kanak akan mempunyai rambut yang jarang semasa dewasa.

Jika bayi anda lelaki, testikel sepatutnya turun dari abdomen dan masuk ke dalam skrotum. Namun kadangkala, satu testikel atau kedua-duanya tidak akan turun masuk ke tempatnya sehingga selepas kelahiran. Bagi dua per tiga bayi lelaki yang mempunyai testikel tak turun semasa lahir, keadaan ini memulih dengan sendirinya menjelang umur satu tahun.

Anda mungkin menambahkan berat badan anda sebanyak satu paun / 450 gram setiap minggu, sebab dalam masa tujuh minggu sebelum lahir, bayi anda akan menambahkan lebih dari setengah berat lahirnya. Pastikan anda makan secara sempurna dalam minggu-minggu terakhir.

No comments: