Wednesday, August 26, 2009

NoT In MooD..

ari ni dah pose yang ke 6..hope sumer masih segar n bersemangat nak berpuase yek..actually, ummi tengah takde mood nak update blog ni..disebabkan ader keje skit & server di ofis yang tersangat lah ke...lem..ba...pan.., so, hilang mood nak update n3..tengok lah nanti minggu2 depan ker ummi wat n3 baru tentang zahra n lain2 lah..aaarrrrggghhhh..bosan nyer..nape lah dengan ummi ni..hehe..


Sunday, August 23, 2009

HaRi PeRtAmA RaMaDhAn




wajah2 zahra..gamba sedikit gelap sbb nyer diambil dengan hp jer..

Alhamdulillah..ummi diberi kesempatan lagi untuk berjumpa dengan bulan ramadhan untuk tahun ni..ummi masih lagi dipanjangkan usia oleh NYA..dan tahun ni juga ummi menyambut bulan yang mulia ini dengan kehadiran insan baru dalam hidup ummi..kehadiran seorang puteri dalam hidup ummi dan abah menjadikan puasa kami lebih bermakna..sahur pertama ummi di rumah opah kerana menemankan mama cu dan pak ngah..takut2 diorang x bangun sebab opah n atok takde..ummi bangun seawal 4.30 pagi bersama mama cu menyiapkan juadah bersahur..lauk sahur untuk pagi tu cume sambal telur n ikan goreng..lauk yang simple, tapi cukup untuk membuka selera abah, pak ngah, mama cu n ummi..zahra pun jaga time ni..zahra pun nak bersahur jugak..lepas abah pegi keje kol 5.30 pagi, zahra pun sambung tido balik..hari pertama berpuasa, x terasa sangat keletihan nya sebab hujan sepanjang hari..lebih kurang jam 4.30 petang, ummi, zahra n mama cu ke bazar ramadhan untuk membeli juadah dan juga perkakasan untuk goreng mee..kat bazar beli beberapa lauk untuk makan dengan nasi dan sedikit kuih muih..6.30 ptg baru lah mama cu goreng mee..opah pun baru jer sampai dari PD..so, petang tu, ummi berbuka dengan opah, mama cu & pak ngah..atok dengan abah keje..


Friday, August 21, 2009

ZaHRa BuAt PeRaNgAi

Dua tiga ari ni, ntah x tahu lah aper yang x kena dengan zahra ni..biaselah lepas balik keje amik zahra..lepas maghrib, abah akan tidokan zahra..ummi plak masak..lepas ummi siap masak jer, mesti zahra terbangun..x boleh nak wat bende lain dah..mule lah zahra nak melalak bile tido x cukup..dah makin besar agak nyer, dah kurang tido..biler dah start melalak, x mahu nyer zahra tu duduk baring kat toto zahra..dok nak berkepit jer dengan ummi..ader jer yang x kena asyik nak menangis..letih tau kadang2 dengar zahra nangis..kesian pun ader sebab nangis jer..pastu nak berdukung jer..macam tu lah agak nyer mak kite jaga kite dulu kan..bile time nak bagi makan pun dok melepet jer kat bahu ummi..lambat skit suap, nak mengamuk..zahra..zahra..lepas makan, bile tukar baju n pampers nak tidokan, x mau plak..mule zahra nak main2..tarik2 bantal..sabar jelah dengan perangai anak ni kan..tapi biler di ingat2 balik, bende tu sumer akan jadi satu kenangan abadi yang x akan kiter lupekan sepanjang hayat kite kan..ummi sayang zahra selama nyer..


Thursday, August 20, 2009

eCard Sempena Ramadhan Esok Hari..

ni ecard sempena dah nak puase sok..jemput2 lah singgah dan terjah ke blog ni..mari kita sama2 menginsafi diri..selamat berpuase esok..jangan tinggal2 pose yer..hehe..yeke penuh puase ni...??


SeLaMaT MeNyAmBuT BuLaN RaMaDhAn Al-MuBaRaK

Salam pada kenalan yang lame, baru n member2 blog yang br kenal..ari ni ummi dapat email dari seorang teman..terasa menginsafi diri plak..diri yang banyak kekurangan..banyak kelemahan..terasa banyak betul dosa2 yang ummi dah buat..ummi harap, bulan ramadhan tahun ni, akan memberi seribu keinsafan pada ummi dan bertaubat lah selagi pintu taubat masih terbuka..kecik jer diri ummi ni..ntah amalan ummi yang tak seberapa tu, diterima oleh NYA atau tidak..Wallahualam..kadang2 kita alpa dan leka..kite lalai dengan suruhan NYA..bile berlaku musibah..baru nak ingat pada Yang Esa..so, dikesempatan ni, ummi nak mohon ampun dan maaf sekiranyer ader kesilapan yang kadang tanpa kite sedar dan kadang kite sedar yang kite telah menyinggung, menyentuh, menyakiti perasaan orang sekeliling, teman baru & teman2 lame..ummi hanya manusia biase yang sering melakukan kesilapan..

tazkirah jumaat plak ummi di tengahari jumaat ni..jika ade ilmu, x salah kalo2 same2 kite berkongsi..ni ummi masukkan email dari kawan ummi tu..dalam banyak amalan tu, x sampai suku pun agak nyer yang ummi ikut..Astaghfirullahhala'zim..

SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN ALMUBARAK..Jutaan kemaafan dipinta andaikata tuturkata,tingkahlaku dan apa jua yg menghasilkan dosa buat diri ini. Semoga mendapat nilai puasa tahap para2 kekasih Allah serta diberi kekuatan mengerjakan apa yg di suruh dan meninggalkan apa jua yg dilarang. Aminnnn.....

Kawan-kawan sekalian, Buat renungan bersama menjelang Ramadhan. Jika ada pengisian yang baik marilah kongsi bersama....

JADUAL HARIAN SEORANG MUSLIM DI BULAN RAMADHAN

4.00 pagi
Bangun Berdoa kepada ALLAH dengan doa : Segala puji bagi ALLAH yang telah menghidupkan aku setelah DIA mematikan aku dan kepadaNYAlah aku akan dikembalikan. Berniatlah untuk melaksanakan sebanyak-banyak kebaikan hari itu. Mandi dan membersihkan diri. Mengambil wudhu dan memakai pakaian yang suci untuk beribadah, berwangi-wangian.

4.20 pagi
Solat Sunat Taubat Niatnya : Sahaja aku sembahyang sunat taubat 2 rakaat kerana ALLAH Taala. Rakaat pertama selepas Al-Fatihah baca surah Al-Kafirun, rakaat kedua selepas Al-Fatihah baca surah Al-Ikhlas. Selepas sembahyang, angkatlah tangan memohon ampun kepada ALLAH. Menangislah menyesali dosa-dosa.

Solat Sunat Tahajjud Niatnya : Sahaja aku sembahyang sunat tahajjud 2 rakaat kerana ALLAH Taala. Rakaat pertama selepas Al-Fatihah baca surah Al-Kafirun, rakaat kedua selepas Al-Fatihah baca surah Al-Ikhlas. Selepas sembahyang, angkatlah tangan berdoa kepada ALLAH.

Solat Sunat Hajat Niatnya : Sahaja aku sembahyang sunat hajat 2 rakaat kerana ALLAH Taala. Selepas Al-Fatihah rakaat pertama baca ayatul Kursi 1 kali. Selepas Al-Fatihah rakaat kedua baca surah Al-Ikhlas 11 kali. Ketika sujud terakhir baca 11 kali dan sertakan di dalam hati segala hajat-hajat kita.

Solat Sunat Witir Niatnya : Sahaja aku sembahyang sunat witir 2 rakaat kerana ALLAH Taala. Selepas salam, bangun lagi dan sembahyang witir 1 rakaat. Perbanyakkan berdoa kepada ALLAH dengan penuh rasa kehambaan, rendah diri,meminta-minta, merintih-rintih, agar ALLAH ampunkan dosa-dosa kita, taubat kita, terima amalan kita, memperkenankan doa dan permintaan kita.

5.00 pagi
Makan Sahur Menggosok gigi dan membersihkan sisa-sisa makanan di mulut.

5.30 pagi
Bersiap menunggu waktu Subuh dengan membaca Al-Quran atau berselawat.

Sembahyang sunat Subuh, sembahyang Subuh berjemaah. Selesaikan wirid harian di tikar sembahyang atau baca Al-Quran hingga terbit matahari.

7.00 pagi
Membuat persiapan ke tempat kerja. Melangkah ke tempat kerja dengan membaca Bismillah dan doa kepada ALLAH agar semua aktiviti kita diberkatiNYA. Sentiasa berselawat kepada Rasulullah SAW sama ada menyebutnya atau di hati. Banyakkan istigfar/meminta ampun. Melaksanakan kerja dengan bersemangat dan penuh bertanggungjawab. Datangkan rasa bahawa ALLAH sentiasa memerhati kerja-kerja yang di lakukan dan yakinlah DIA akan membalas segala kebaikan yang kita buat.

10.00 pagi
Sembahyang Sunat Dhuha Ia adalah sumber rezki yg berkat kalau istiqamah diamalkan. Niatnya : Sahaja aku sembahyang sunat dhuha 2 rakaat kerana ALLAH Taala.

Penuhi masa rehat tengahari dengan menambah ilmu atau membaca Al-Quran. Elakkan sungguh-sungguh dari melakukan dosa walaupun kecil dan perkara yg sia-sia. Contoh dosa-dosa : mengumpat mengutuk, menyindir yang menyakitkan orang, bergaul bebas tanpa menjaga syariat seperti berbual dengan bukan muhrim mengenai perkara yang tiada sangkut paut dgn kerja.

01.00 tgh
Bersiap untuk solat Zohor. Menunggu waktu bersembahyang dengan berselawat. Solat Zohor berjemaah. Laksanakan juga solat sunat Rawatib Bersujud. Syukur setelah selesai sembahyang sunat dan wirid sebagai berterima kasih kepada ALLAH yg memberi kita nikmat besar dapat menyembahNYA.

4.30 ptg
Bersedia untuk solat Asar. Solat Asar berjemaah. Laksanakan juga solat sunat Qabliyah. Bersujud syukurlah setelah selesai sembahyang sunat dan wirid sebagai berterima kasih kepada ALLAH yg memberi kita nikmat besar dapat menyembahNYA.

5.30 ptg
Membeli barang-barang keperluan berbuka dan sahur Tanpa berlebih-lebih. Ingatlah walaupun syaitan dirantai tetapi nafsu masih ada dlm diri kita !!!

7.00 ptg
Memperbanyakkan doa sebelum berbuka. Kerana di waktu itu adalah masa yang mustajab doa. Ingatlah sabda Rasulullah SAW : "Ramai orang yang berpuasa, yang mereka dapat hanya lapar dan dahaga", merintihlah kepada ALLAH memohon agar amalan kita diterima.

Apabila masuk watu Maghrib, Bacalah doa dan berbuka : Wahai Tuhan, kerana Engkaulah aku berpuasa, kepada Engkaulah aku beriman dan dengan rezki engkaulah aku berbuka. Berbuka puasa dengan makanan manis seperti buah kurma dan meminum air, terus menunaikan solat maghrib berjemaah, setelah itu barulah makan makanan berat.

8.30 mlm
Solat Isya' berjemaah dan diteruskan dengan solat Terawih. Cuba pertahankan solat terawih walau bagaimana keadaan sekalipun kerana fadhilatnya amat besar.

Bacalah Al-Quran dengan penuh tawadhuk, seeloknya baca dengan bertadarus ( berkumpulan bergilir- gilir, seorang baca, yang lain menyemaknya), cuba khatamkan membaca Al-Quran paling kurang satu kali sepanjang ramadhan. Kebanyakan imam-imam besar mengkhatamnya dua kali dalam sehari (60 kali sebulan Ramadhan)

11.00 mlm
Memperbanyakkan istigfar sebelum tidur. Berniatlah utk puasa esok hari dgn berniat : Sahaja aku berpuasa hariesok untuk menunaikan puasa ramadhan yg wajib ke atasku , tahun ini kerana ALLAH Taala. ( JANGAN LUPA!!!) Tidur awal agar dapat bangun utk beribadah. Bacalah doa sebelum tidur : Dengan namaMU Ya ALLAH! Aku hidup dan mati. Ingatlah tidur adalah mati yg sementara, kemungkinan kita dipanggil ALLAH ketika tidur.

Wednesday, August 19, 2009

BABY in PINK Contest

ni contest kedua yang ummi masuk..seronok plak tayang gambo anak..kalo pasal anak ni, mesti sumer orang akan excited n teruja kan..hehe..walaupun anak ummi ni baby girl, tp x banyak plak pic zahra dengan baju pink..ade lah cikit jer..so, saje nak cube nasib..menang kalah tu dah adat bertanding ye tak..??mane tahu ade rezeki..ni jer gambar zahra berbaju pink yang ader..zahra ni memang mahal betul dengan senyuman kalo bergambor..


Nama & Tarikh Lahir Baby :

Kaisah Zahra binti Jafrizan
1 Mac 2009
5 bulan ++

Kenapa anak anda patut menang dlm contest ini??

sebab nyer..first, ni jelah gambor zahra berbaju pink yang ummi ader..act banyak baju pink..tp ntah naper x ter amik plak gambo berbaju pink..banyak nyer gambo warna lain..yang kedua, gambo ni unik..mase ni time nak tido..jangan x tahu, tido pun sibuk nak pakai serkop tudung opah..orang lain x wat pun camni kot..


Apa yg anda tahu ttg blog Sha ni & kenapa anda suka baca blog ini??

sbnr nyer..br jer terjah blog ni biler nampak ader contest ni..so, ni jelah yang ummi tahu pasal blog sha..shashashakhazaihid ni sempena name tuan punye blog (sha), anak dier yang comel n hubby dier yang tercinta..sha ni kahwin pada 20 april 2007 same dengan besday dier pada 20 april 1986..berasal dari johor bharu..6 orang adik beradik..gemar kan bende yang berwarna pink sebab ade baby girl..juga penggemar coklat n secret recipe (mmm..yummy..)..cukup kot..??hehe..ummi suke baca blog sha ni sebab blog ni macam ummi gak banyak menceritakan tentang suka duka kehidupan seorang puteri yang comel..

"BEAUTIFUL BABY SEARCH CONTEST" Looking For Beautiful Prince and Princess

Sebenar nyer, ummi x pernah pun masuk2 contest ni..so ni first time lah nak masuk..maklumlah, baru jer 3 bulan berjinak dengan dunia blog ni..sekurang nyer, dengan masuk contest ni, ummi bley tambah kenalan dan bertukar2 pendapat dengan blogger yang lain..so, ni lah gambar zahra untuk first contest ni..walaupun zahra x senyum..(ummi dier jer yang lebey..), ummi tetap rase zahra ni comel..bak kate pengasuh zahra, zahra ni budak burok yang pintar..hehehe..




Nama baby & umur baby :

Kaisah Zahra binti Jafrizan
5 bulan ++


Bila gambar diambil :

gambar ni mase pegi Floria 09 kat Putrajaya pada 5 Ogos 2009..dah lah baru lps hujan..tu yang nampak comot sket..hehe..

Tuesday, August 18, 2009

LaMe TaK WaT N3..baru 5 ari jer..

sebenarnyer, dua tiga ari ni ummi bz skit..bukan nyer bz pasal keje pun..bz pasal personal..bz meng 'customise' blog yang sememang nyer x braper nak cantik ni..hehe..dah lame gak n3 ummi xder gambar zahra kan..bukan x amik, tapi amik guna hp ummi..kamera plak out of battery, x beli2 lagi bateri nyer..hp ummi tu plak, punyerlah 'canggih'..hehe..x leh nak upload dalam pc..kena bluetooth dulu ke hp mama cu then, baru bley masuk pc..tapi mama cu bz skit skarang ni..so, wat mase ni, ummi update n3 tanpa pic lah yer..rindu nak tatap gambar2 baru zahra dalam blog ummi ni..
weekend ari tu, abah zahra akhir nyer dapat off 2 ari setelah 3 minggu asyik keje jer..so, dapat lah spent time 2gether..ari jumaat tu, lepas ummi abis keje, ummi mule lah operasi mendobi kain baju..hehe..biase lah, time tu lah nak basuh baju keje ummi, baju zahra, cadar lah..malam tu ummi masak nasi goreng jer..abah kate ok..lepas settle sumer keje, dalam kol 10.30 malam, abah ajak kuar..kate nyer nak pegi 'uptown kajang' yang x brape nak besar tu..memule tu ummi malas sebab baru lepas hujan..tapi terpaksa gak lah ikut kan jugak..cian plak abah biler time cuti, ummi x nak pegi mane2..so kluar lah 3 beranak menuju ke destinasi..kat sane tengok2 barang, minum2, pastu balik nterus tido...zzzzzz
sok nyer, ummi wat sarapan meggi goreng jer..malas lah..lepas kemas2 umah lebih kurang, lepas zohor, kami sekeluarga pun kluar..nak pegi umah mak tok zahra..tido kat sane..sebab dah lame x tido sane..sebelum tu pegi tengok show house kat Kesuma Lake..cadang2 macam ummi n abah nak beli umah..tapi x tahu lagi..takut loan x lulus jer..saje jer cuci mate..pastu zahra pun sampai umah mak tok dalam kol 4.30 petang..abah beli pisang goreng n karipap..malam plak, mak tok ajak pegi makan dekat2 area situ gak..makan sempena besday mak su..zahra x tahu pun besday mak su..abah x cakap pun..lepas makan, pegi kedai perabot tu sebab makcik nak beli katil..mase tu ummi letak zahra kat satu sofa tu..seronok jer tengok zahra duduk situ..empuk lah tu..nanti kalo ader mase ummi masuk kan dalam n3 ni, pic zahra dalam hp ummi yang canggih tu..
sok nyer, lepas makan tengahari, balik umah n menuju ke umah opah..jumper opah jap..yelah, kol 5.00 petang, opah nak balik asrama dah..lepas jumper opah, abah bawak zahra pegi kedai ikan plak..abah beli ikan laga sekor (sebab yang ade ari tu dah mati..) n sekor lagi ikan puyu..lepas beli ikan, pegi pasar malam..hoorey..seronok ummi x payah masak..skali skali nak bercuti dari masak..ari2 keje dah confirm ummi kena masak kan..akhir nyer, kami pun sampai umah dalam kol 8.30 malam..zahra tido dengan lena skali..sebab penat jalan kot..


Thursday, August 13, 2009

BiLe ZaHRa NaiK MoToR

Semalam ummi puase..so, ummi pun ajak abah pegi pasar malam..sebab lauk kat umah pun dah abis untuk masak..kol 6.30 petang, kami pun gerak..disebabkan time tu tengah bebudak balik sekolah, ummi pun suruh abah bawak motor jer..malas lah nak jem2 ni..ummi pun pakai monkey bag tu, dan letak zahra kat situ..x berani lah nak pegang camtu jer..mase motor dah gerak, zahra punyelah seronok..mate pandang kiri kanan..pastu senyum2..memang muke happy sangat lah..agak nyer sedap kena angin n boleh tengok ramai orang..ummi pun gembire bile tengok zahra ceria..kat pasar malam pun x senang duduk zahra..sibuk pandang orang dan nak mencapai benda2 yang boleh dicapai..ummi x nak lah duduk lame2 kat pasar malam ni..yelah, risau pasal H1N1 yang semakin menular ni skarang..lepas beli nasi kerabu untuk ummi, nasi lemak ayam untuk abah, ice blended, ikan n sayur..kami pun balik..belum pun abis pusing pasar malam tu, zahra dah terlelap kat dada ummi..penat agak nyer..sampai jer umah, baru jer nak letak kat tempat tido zahra, bulat jer mata bukak..terus x tido sampai lah ke pukul 11.30 malam..tahan betul mata zahra ni..
pagi tadi plak, seperti biase sebelum pegi keje, ummi akan hantar zahra kat umah mama..agak nyer zahra ni dah cerdik dan banyak akal nyer, bile ummi bagi zahra kat mama jer, zahra nangis plak..sedih plak ummi dengar..tapi, kena kental kan jugak hati dan terus jer pegi keje..rindulah kat zahra..


Monday, August 10, 2009

MaJLiS PeRhiMpuNaN PaGi NuKlEar MaLaYsIa

Majlis Perhimpunan Pagi..
khusyuk mendengar ucapan..yeker..??
jiran sebelah ofis ummi..
acik isma n ummi yang sibuk nak berposing..
suasana di dalam dewan..

tanggal 10 ogos 2009, ofis ummi pun mengadakan perhimpunan pagi Bil. 2 tahun 2009..tapi ni first time ummi pegi assembly ni utk tahun ni..sebab ari tu, masa first assembly, ummi tengah cuti bersalin..berehat2 lah kat umah..biase lah bile time perhimpunan..nyanyi2 lagu negara ku..pastu nyanyi lagu 1 Malaysia n lagu Nuklear Malaysia..ummi miming jer lah..lepas dah nyanyi2 mestilah ader ucapan oleh Ketua Pengarah..boring nyer ummi..dah ngantok2 dah..dah lah lapor..lenguh plak tu kaki sebab pakai kasut tinggi..ape yang diucapkan macam masuk telinga kanan, kuar kat telinga kiri..biaselah di pagi2 ari isnin kan selepas 2 ari bercuti..dan perhimpunan tu pun akhirnya berakhir pada jam 10.00 pagi..n ape lagi terus lah pegi mengisi perut yang dah sememang nya berkeroncong..

Wednesday, August 5, 2009

FLoRiA 09 - PuTRaJaYa

ummi maner..??
abah n zahra lagi..
abah n zahra..
ummi pun nak posing..
zahra..
tugu floria kot..
cantik nyer bunge2..
abah n zahra berlatarkan air pancut..
ummi n zahra..
baru sampai kat tempat parking..

semalam ummi cuti..lepas abis zahra medical check up semalam, ingatkan nak terus pegi putrajaya..skali tu hujan plak..terpaksa lah menangguhkan perjalanan ke sana..balik lah umah dulu..dalam kol 4.00 petang, lepas zahra bangun tido, kami pun gerak ke sane..x sangka plak mase weekdays ni pun ramai orang..agak nyer sebab zahra n family sampai sane pun dah time orang balik keje..memang best lah pegi sane..giler tengok bunge2 yang cantik tu..macam2 pokok yang jual..tapi ummi x beli pun..sebab ummi kesian nanti kat pokok2 tu mati plak..ummi ni suke jer tengok bunge..tapi bab nak jage tu, kurang lah skit..hehe..pokok kat ofis yang ade 2 pasu tu pun x terjaga..sampai mati2 pokok tu..ummi, abah n zahra just jalan2 jer tengok decoration bunge2 kat situ..zahra pun x senang duduk..pandan kiri kanan, atas bawah..x round lame pun sebab pegi dah petang..malas lah nak tunggu sampai malam..lepas round, abah beli rambutan n cempedak..pastu pegi makan2 kat situ jer..x lame lepas tu zahra pun balik..sampai dekat maghrib..gambar ummi x banyak sebab ummi yang tukang amik gambor..

MeDiCaL ChEcK Up ZaHRa


ari ni zahra ade medical check up untuk 5 bulan..ramai nyer orang kat klinik kesihatan jalan semenyih..yelah, skarang ni kan tengah musim wabak influenza A..tu yang risau..Alhamdulillah, zahra xde ape2 masalah..cume batuk n selsema skit..berat zahra skarang dah 7 kg..nurse kate berat ok..ari ni gak zahra kena suntikan imunisasi DTaP untuk dos yang ketiga..dua dos sebelum ni Alhamdulillah zahra x demam..hopefully, kali ni pun zahra ok..


Monday, August 3, 2009

RuTiN HaRiAn uMMi KeMbALi

nasib baik ade abah mithali yang tolong tidokan zahra
sambal telur..
ayam goreng..
kobis goreng campur carrot..
menu ringkas untuk 2 orang makan..

ari rabu lepas abah pegi seminar sampai ari sabtu..pastu ari ahad abah dah kena keje 24 jam..so, ummi n zahra memang berkampung jelah kat umah opah..dan selama tu jugak ummi x masak..makanan selalu pak ngah yang belikan..ummi balik keje makan jelah..hehe..rehat lah sekejap..semalam abah dah ade kat umah..rutin harian ummi kembali seperti sedia kala..kena masak lah..hahaha..malas nyer sebab dah lame x masak..memang sebelum ni pun ari2 ummi masak..sebab abah zahra ni rajin bawak bekal..makan luar tu, sekali sekala jelah..malam tadi adelah 3 menu ringkas yang ummi masak iaitu sambal telur, sayur kobis goreng n ayam goreng..simple jer..asal kan kenyang..pastu dpk melipat kain yang bertimbun tu sebab abah baru balik kursus kan..hehe..back to normal lah balik keje ummi..






Sunday, August 2, 2009

3 TaHuN SuDaH..

pembantu tadbir (p/o) N17 di agensi nuklear malaysia


ari ni, 3 ogos 2009, genap 3 tahun ummi zahra bekerja sebagai penjawat awam dengan memegang jawatan Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) N17 di Agensi Nuklear Malaysia, Kajang..gempak jer bunyi name tempat tu kan..pejam celik..pejam celik dah 3 tahun..bile ingat balik kenangan sebelum dapat keje tetap, ummi rase perit sangat..dengan lulusan uitm, diploma pengurusan bank dengan CGPA yang x seberapa, ummi sukar betul nak dapat keje..mungkin rezeki ummi nak dapat keje liat skit agak nyer..tapi ummi murah dengan panggilan temuduga..nasib baik lah ummi ni seorang yang sangat penyabar dan x mudah mengalah..hehehe..puji diri sendiri nampak..sebelum dapat keje tetap ni, dah berbelas interview ummi pegi..sampaikan setiap kali sebelum ummi pegi temuduga, ummi dah wat preparation..dah tahu soalan aper yang nak ditanya..x kire lah dari bank ker, badan berkanun ker, spa ker..swasta ker..interview dengan spa jer yang kali ke 4 baru dapat tetap..keje plak, x payah cakap lah..dah banyak gak pengalaman ummi lepas abis belajar sejak disember 2002 yang lepas..
abis jer belajar, ummi bermule dengan bekerja sebagai pembantu tadika di tadika maria dekat jalan reko kajang..ummi mule keje pada 2 januari 2003 hingga 5 april 2003..3 bulan jer keje..x tahan lah..murid2 dah lah ramai..cikgu plak x cukup..ade ke patut sorang cikgu tu kena jaga sampai dua tiga kelas dengan anggaran murid satu kelas tu dekat 40 orang..giler betul..kelam kabut x payah cakap lah..pastu gaji rm450 jer..tolak epf, socso..tinggal rm300++ jer..keje dah lah 7 pagi sampai petang..orang ofis hour pun dah balik tau..ari sabtu keje sampai petang jugak..mintak berenti cara baik x bagi..at last lepas dapat gaji mase 5 april tu, ummi pun cabut lah dengan meninggalkan surat berhenti keje kat post box..hehe..
lepas berhenti tu, 4 bulan gak ummi menganggur..padan muke ummi..tapi xpe daripada terseksa keje..baik berhenti..kebetulan lepas ummi berhenti tu, petronas dekat jalan semenyih depan high school kajang tu nak cari cashier..ummi pun pegi lah interview..dan rezeki ummi, dapat lah keje tu..gaji rm550++..oklah tu..sekurang nyer dengan gaji ni ummi dapat amik lesen kete tau..ummi keje dari 1 ogos 2003 sampai 22 januari 2004..pastu ummi berhenti sebab dapat keje yang lebih baik..
pada 21 januari 2004, ummi lapor diri untuk satu jawatan kat kementerian pertanian di wisma tani kl..ummi dapat call suruh lapor diri..hairan lah jugak..so, ummi amik cuti kat petronas untuk tengok dulu keje tu..mane lah tahu tetibe tipu, sia2 plak ummi berhenti..ummi diberi tugas sebagai pekerja khidmat singkat (pks) di bahagian kewangan, kementerian pertanian..keje selama 6 bulan dan boleh sambung2..so, ummi berhenti kat petronas dan kejelah kat situ dari 21 januari 2004 hingga 14 februari 2006..macam2 pengalaman ummi kat sini..yelah, keje ofis..sumer ummi dapat belajar..gaji kire hari..ok lah tu..kire sebulan dapat gak lah rm 800++..ummi berhenti keje pun pun sebab kuar pekeliling yang mengatakan pks x boleh sambung kontrak..ummi pun dengan berat hati terpaksa melangkah kaki meninggalkan kementerian pertanian..
x sampai sebulan ummi berhenti, pada 1 mac 2006, ummi pun keje sebagai sales assisstant kat electrical department kat billion bandar teknologi kajang..gaji rm600++..keje 2 bulan jer sampai 30 april 2006 sebab dapat keje yang lebih baik..
4 mei 2006 plak, ummi lapor diri sebagai pembantu tadbir (p/o) n17 kontrak kat utm skudai..merantaulah ummi kat sane..baru 2 bulan keje, ummi pun akhir nya dapat keje tetap sebagai Pembantu tadbir (p/o) N17 kat kajang..balik lah semula ummi ke kampung halaman..dan sehingga kini, ummi masih setia di sini..banyak kan pengalaman keje ummi..ni lah pengalaman yang ummi x dapat nak lupakan..kenangan interview dan mencari keje..


AkSi Di BeSeN MaNdi

cak..zahra dah sudah mandi..
tengok tu anak ummi yang sibuk nak berdiri dalam besen..
zahra mandi pun nak amik gambo ker..
tengok tu kaki x reti duduk diam..

hahaha..ummi xde keje..amik gambo zahra tengah mandi..sebelum ni x pernah pun amik gambo zahra dengan kolam renang (besen mandi..hehe..) dier..so, ummi pun mintak mama cu amik kan gambo telatah zahra mase mandi..enjoy jelah pics ni..