Wednesday, August 26, 2009
NoT In MooD..
Sunday, August 23, 2009
HaRi PeRtAmA RaMaDhAn




Friday, August 21, 2009
ZaHRa BuAt PeRaNgAi
Thursday, August 20, 2009
eCard Sempena Ramadhan Esok Hari..

SeLaMaT MeNyAmBuT BuLaN RaMaDhAn Al-MuBaRaK
tazkirah jumaat plak ummi di tengahari jumaat ni..jika ade ilmu, x salah kalo2 same2 kite berkongsi..ni ummi masukkan email dari kawan ummi tu..dalam banyak amalan tu, x sampai suku pun agak nyer yang ummi ikut..Astaghfirullahhala'zim..
SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN ALMUBARAK..Jutaan kemaafan dipinta andaikata tuturkata,tingkahlaku dan apa jua yg menghasilkan dosa buat diri ini. Semoga mendapat nilai puasa tahap para2 kekasih Allah serta diberi kekuatan mengerjakan apa yg di suruh dan meninggalkan apa jua yg dilarang. Aminnnn.....
Kawan-kawan sekalian, Buat renungan bersama menjelang Ramadhan. Jika ada pengisian yang baik marilah kongsi bersama....
JADUAL HARIAN SEORANG MUSLIM DI BULAN RAMADHAN
4.00 pagi
Bangun Berdoa kepada ALLAH dengan doa : Segala puji bagi ALLAH yang telah menghidupkan aku setelah DIA mematikan aku dan kepadaNYAlah aku akan dikembalikan. Berniatlah untuk melaksanakan sebanyak-banyak kebaikan hari itu. Mandi dan membersihkan diri. Mengambil wudhu dan memakai pakaian yang suci untuk beribadah, berwangi-wangian.
4.20 pagi
Solat Sunat Taubat Niatnya : Sahaja aku sembahyang sunat taubat 2 rakaat kerana ALLAH Taala. Rakaat pertama selepas Al-Fatihah baca surah Al-Kafirun, rakaat kedua selepas Al-Fatihah baca surah Al-Ikhlas. Selepas sembahyang, angkatlah tangan memohon ampun kepada ALLAH. Menangislah menyesali dosa-dosa.
Solat Sunat Tahajjud Niatnya : Sahaja aku sembahyang sunat tahajjud 2 rakaat kerana ALLAH Taala. Rakaat pertama selepas Al-Fatihah baca surah Al-Kafirun, rakaat kedua selepas Al-Fatihah baca surah Al-Ikhlas. Selepas sembahyang, angkatlah tangan berdoa kepada ALLAH.
Solat Sunat Hajat Niatnya : Sahaja aku sembahyang sunat hajat 2 rakaat kerana ALLAH Taala. Selepas Al-Fatihah rakaat pertama baca ayatul Kursi 1 kali. Selepas Al-Fatihah rakaat kedua baca surah Al-Ikhlas 11 kali. Ketika sujud terakhir baca 11 kali dan sertakan di dalam hati segala hajat-hajat kita.
Solat Sunat Witir Niatnya : Sahaja aku sembahyang sunat witir 2 rakaat kerana ALLAH Taala. Selepas salam, bangun lagi dan sembahyang witir 1 rakaat. Perbanyakkan berdoa kepada ALLAH dengan penuh rasa kehambaan, rendah diri,meminta-minta, merintih-rintih, agar ALLAH ampunkan dosa-dosa kita, taubat kita, terima amalan kita, memperkenankan doa dan permintaan kita.
5.00 pagi
Makan Sahur Menggosok gigi dan membersihkan sisa-sisa makanan di mulut.
5.30 pagi
Bersiap menunggu waktu Subuh dengan membaca Al-Quran atau berselawat.
Sembahyang sunat Subuh, sembahyang Subuh berjemaah. Selesaikan wirid harian di tikar sembahyang atau baca Al-Quran hingga terbit matahari.
7.00 pagi
Membuat persiapan ke tempat kerja. Melangkah ke tempat kerja dengan membaca Bismillah dan doa kepada ALLAH agar semua aktiviti kita diberkatiNYA. Sentiasa berselawat kepada Rasulullah SAW sama ada menyebutnya atau di hati. Banyakkan istigfar/meminta ampun. Melaksanakan kerja dengan bersemangat dan penuh bertanggungjawab. Datangkan rasa bahawa ALLAH sentiasa memerhati kerja-kerja yang di lakukan dan yakinlah DIA akan membalas segala kebaikan yang kita buat.
10.00 pagi
Sembahyang Sunat Dhuha Ia adalah sumber rezki yg berkat kalau istiqamah diamalkan. Niatnya : Sahaja aku sembahyang sunat dhuha 2 rakaat kerana ALLAH Taala.
Penuhi masa rehat tengahari dengan menambah ilmu atau membaca Al-Quran. Elakkan sungguh-sungguh dari melakukan dosa walaupun kecil dan perkara yg sia-sia. Contoh dosa-dosa : mengumpat mengutuk, menyindir yang menyakitkan orang, bergaul bebas tanpa menjaga syariat seperti berbual dengan bukan muhrim mengenai perkara yang tiada sangkut paut dgn kerja.
01.00 tgh
Bersiap untuk solat Zohor. Menunggu waktu bersembahyang dengan berselawat. Solat Zohor berjemaah. Laksanakan juga solat sunat Rawatib Bersujud. Syukur setelah selesai sembahyang sunat dan wirid sebagai berterima kasih kepada ALLAH yg memberi kita nikmat besar dapat menyembahNYA.
4.30 ptg
Bersedia untuk solat Asar. Solat Asar berjemaah. Laksanakan juga solat sunat Qabliyah. Bersujud syukurlah setelah selesai sembahyang sunat dan wirid sebagai berterima kasih kepada ALLAH yg memberi kita nikmat besar dapat menyembahNYA.
5.30 ptg
Membeli barang-barang keperluan berbuka dan sahur Tanpa berlebih-lebih. Ingatlah walaupun syaitan dirantai tetapi nafsu masih ada dlm diri kita !!!
7.00 ptg
Memperbanyakkan doa sebelum berbuka. Kerana di waktu itu adalah masa yang mustajab doa. Ingatlah sabda Rasulullah SAW : "Ramai orang yang berpuasa, yang mereka dapat hanya lapar dan dahaga", merintihlah kepada ALLAH memohon agar amalan kita diterima.
Apabila masuk watu Maghrib, Bacalah doa dan berbuka : Wahai Tuhan, kerana Engkaulah aku berpuasa, kepada Engkaulah aku beriman dan dengan rezki engkaulah aku berbuka. Berbuka puasa dengan makanan manis seperti buah kurma dan meminum air, terus menunaikan solat maghrib berjemaah, setelah itu barulah makan makanan berat.
8.30 mlm
Solat Isya' berjemaah dan diteruskan dengan solat Terawih. Cuba pertahankan solat terawih walau bagaimana keadaan sekalipun kerana fadhilatnya amat besar.
Bacalah Al-Quran dengan penuh tawadhuk, seeloknya baca dengan bertadarus ( berkumpulan bergilir- gilir, seorang baca, yang lain menyemaknya), cuba khatamkan membaca Al-Quran paling kurang satu kali sepanjang ramadhan. Kebanyakan imam-imam besar mengkhatamnya dua kali dalam sehari (60 kali sebulan Ramadhan)
11.00 mlm
Memperbanyakkan istigfar sebelum tidur. Berniatlah utk puasa esok hari dgn berniat : Sahaja aku berpuasa hariesok untuk menunaikan puasa ramadhan yg wajib ke atasku , tahun ini kerana ALLAH Taala. ( JANGAN LUPA!!!) Tidur awal agar dapat bangun utk beribadah. Bacalah doa sebelum tidur : Dengan namaMU Ya ALLAH! Aku hidup dan mati. Ingatlah tidur adalah mati yg sementara, kemungkinan kita dipanggil ALLAH ketika tidur.
Wednesday, August 19, 2009
BABY in PINK Contest
1 Mac 2009
sebab nyer..first, ni jelah gambor zahra berbaju pink yang ummi ader..act banyak baju pink..tp ntah naper x ter amik plak gambo berbaju pink..banyak nyer gambo warna lain..yang kedua, gambo ni unik..mase ni time nak tido..jangan x tahu, tido pun sibuk nak pakai serkop tudung opah..orang lain x wat pun camni kot..
"BEAUTIFUL BABY SEARCH CONTEST" Looking For Beautiful Prince and Princess
Tuesday, August 18, 2009
LaMe TaK WaT N3..baru 5 ari jer..
Thursday, August 13, 2009
BiLe ZaHRa NaiK MoToR
pagi tadi plak, seperti biase sebelum pegi keje, ummi akan hantar zahra kat umah mama..agak nyer zahra ni dah cerdik dan banyak akal nyer, bile ummi bagi zahra kat mama jer, zahra nangis plak..sedih plak ummi dengar..tapi, kena kental kan jugak hati dan terus jer pegi keje..rindulah kat zahra..
Tuesday, August 11, 2009
Monday, August 10, 2009
MaJLiS PeRhiMpuNaN PaGi NuKlEar MaLaYsIa
tanggal 10 ogos 2009, ofis ummi pun mengadakan perhimpunan pagi Bil. 2 tahun 2009..tapi ni first time ummi pegi assembly ni utk tahun ni..sebab ari tu, masa first assembly, ummi tengah cuti bersalin..berehat2 lah kat umah..biase lah bile time perhimpunan..nyanyi2 lagu negara ku..pastu nyanyi lagu 1 Malaysia n lagu Nuklear Malaysia..ummi miming jer lah..lepas dah nyanyi2 mestilah ader ucapan oleh Ketua Pengarah..boring nyer ummi..dah ngantok2 dah..dah lah lapor..lenguh plak tu kaki sebab pakai kasut tinggi..ape yang diucapkan macam masuk telinga kanan, kuar kat telinga kiri..biaselah di pagi2 ari isnin kan selepas 2 ari bercuti..dan perhimpunan tu pun akhirnya berakhir pada jam 10.00 pagi..n ape lagi terus lah pegi mengisi perut yang dah sememang nya berkeroncong..
Wednesday, August 5, 2009
FLoRiA 09 - PuTRaJaYa
semalam ummi cuti..lepas abis zahra medical check up semalam, ingatkan nak terus pegi putrajaya..skali tu hujan plak..terpaksa lah menangguhkan perjalanan ke sana..balik lah umah dulu..dalam kol 4.00 petang, lepas zahra bangun tido, kami pun gerak ke sane..x sangka plak mase weekdays ni pun ramai orang..agak nyer sebab zahra n family sampai sane pun dah time orang balik keje..memang best lah pegi sane..giler tengok bunge2 yang cantik tu..macam2 pokok yang jual..tapi ummi x beli pun..sebab ummi kesian nanti kat pokok2 tu mati plak..ummi ni suke jer tengok bunge..tapi bab nak jage tu, kurang lah skit..hehe..pokok kat ofis yang ade 2 pasu tu pun x terjaga..sampai mati2 pokok tu..ummi, abah n zahra just jalan2 jer tengok decoration bunge2 kat situ..zahra pun x senang duduk..pandan kiri kanan, atas bawah..x round lame pun sebab pegi dah petang..malas lah nak tunggu sampai malam..lepas round, abah beli rambutan n cempedak..pastu pegi makan2 kat situ jer..x lame lepas tu zahra pun balik..sampai dekat maghrib..gambar ummi x banyak sebab ummi yang tukang amik gambor..
MeDiCaL ChEcK Up ZaHRa
Monday, August 3, 2009
RuTiN HaRiAn uMMi KeMbALi
ari rabu lepas abah pegi seminar sampai ari sabtu..pastu ari ahad abah dah kena keje 24 jam..so, ummi n zahra memang berkampung jelah kat umah opah..dan selama tu jugak ummi x masak..makanan selalu pak ngah yang belikan..ummi balik keje makan jelah..hehe..rehat lah sekejap..semalam abah dah ade kat umah..rutin harian ummi kembali seperti sedia kala..kena masak lah..hahaha..malas nyer sebab dah lame x masak..memang sebelum ni pun ari2 ummi masak..sebab abah zahra ni rajin bawak bekal..makan luar tu, sekali sekala jelah..malam tadi adelah 3 menu ringkas yang ummi masak iaitu sambal telur, sayur kobis goreng n ayam goreng..simple jer..asal kan kenyang..pastu dpk melipat kain yang bertimbun tu sebab abah baru balik kursus kan..hehe..back to normal lah balik keje ummi..
Sunday, August 2, 2009
3 TaHuN SuDaH..
abis jer belajar, ummi bermule dengan bekerja sebagai pembantu tadika di tadika maria dekat jalan reko kajang..ummi mule keje pada 2 januari 2003 hingga 5 april 2003..3 bulan jer keje..x tahan lah..murid2 dah lah ramai..cikgu plak x cukup..ade ke patut sorang cikgu tu kena jaga sampai dua tiga kelas dengan anggaran murid satu kelas tu dekat 40 orang..giler betul..kelam kabut x payah cakap lah..pastu gaji rm450 jer..tolak epf, socso..tinggal rm300++ jer..keje dah lah 7 pagi sampai petang..orang ofis hour pun dah balik tau..ari sabtu keje sampai petang jugak..mintak berenti cara baik x bagi..at last lepas dapat gaji mase 5 april tu, ummi pun cabut lah dengan meninggalkan surat berhenti keje kat post box..hehe..
lepas berhenti tu, 4 bulan gak ummi menganggur..padan muke ummi..tapi xpe daripada terseksa keje..baik berhenti..kebetulan lepas ummi berhenti tu, petronas dekat jalan semenyih depan high school kajang tu nak cari cashier..ummi pun pegi lah interview..dan rezeki ummi, dapat lah keje tu..gaji rm550++..oklah tu..sekurang nyer dengan gaji ni ummi dapat amik lesen kete tau..ummi keje dari 1 ogos 2003 sampai 22 januari 2004..pastu ummi berhenti sebab dapat keje yang lebih baik..
pada 21 januari 2004, ummi lapor diri untuk satu jawatan kat kementerian pertanian di wisma tani kl..ummi dapat call suruh lapor diri..hairan lah jugak..so, ummi amik cuti kat petronas untuk tengok dulu keje tu..mane lah tahu tetibe tipu, sia2 plak ummi berhenti..ummi diberi tugas sebagai pekerja khidmat singkat (pks) di bahagian kewangan, kementerian pertanian..keje selama 6 bulan dan boleh sambung2..so, ummi berhenti kat petronas dan kejelah kat situ dari 21 januari 2004 hingga 14 februari 2006..macam2 pengalaman ummi kat sini..yelah, keje ofis..sumer ummi dapat belajar..gaji kire hari..ok lah tu..kire sebulan dapat gak lah rm 800++..ummi berhenti keje pun pun sebab kuar pekeliling yang mengatakan pks x boleh sambung kontrak..ummi pun dengan berat hati terpaksa melangkah kaki meninggalkan kementerian pertanian..
x sampai sebulan ummi berhenti, pada 1 mac 2006, ummi pun keje sebagai sales assisstant kat electrical department kat billion bandar teknologi kajang..gaji rm600++..keje 2 bulan jer sampai 30 april 2006 sebab dapat keje yang lebih baik..
4 mei 2006 plak, ummi lapor diri sebagai pembantu tadbir (p/o) n17 kontrak kat utm skudai..merantaulah ummi kat sane..baru 2 bulan keje, ummi pun akhir nya dapat keje tetap sebagai Pembantu tadbir (p/o) N17 kat kajang..balik lah semula ummi ke kampung halaman..dan sehingga kini, ummi masih setia di sini..banyak kan pengalaman keje ummi..ni lah pengalaman yang ummi x dapat nak lupakan..kenangan interview dan mencari keje..
AkSi Di BeSeN MaNdi
hahaha..ummi xde keje..amik gambo zahra tengah mandi..sebelum ni x pernah pun amik gambo zahra dengan kolam renang (besen mandi..hehe..) dier..so, ummi pun mintak mama cu amik kan gambo telatah zahra mase mandi..enjoy jelah pics ni..